Profail Kami

SG Akademi telah ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai sebuat Pusat Latihan Bertauliah yang dinamik dengan menawarkan kepelbagaian bidang kursus-kursus Diploma Kemahiran Malaysia dan juga Program Pengambilan Pelatih Antarabangsa yang juga dikenali sebagai Malaysian SkillsMalaysia INVITE. SG Akademi beroperasi melalui 4 cawangannya yang berpengkalan di bandaraya Kuala Lumpur dan 3 lokasi lain di bandar-bandar utama di selatan Malaysia iaitu Seremban, Melaka dan Johor Baru. Misi kami adalah untuk melahirkan tenaga-kerja berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kerja, dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menentukan para pelatih kami dilengkapi dengan kemahiran yang amat diperlukan pihak industri masakini selaras dengan perubahan teknologi terkini.

Fokus Kami

Secara keseluruhan, pendidikan tinggi yang diperolehi dari kursus-kursus konvensyenal, program-program ijazah dan kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan industri hari ini. Rata-rata, 60% dari sektor pekerjaan memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran dan hanya peratusan yang kecil terletak di bahagian pengurusan dan eksekutif yang memerlukan kelayakan bertaraf ijazah dan selebihnya pula di peringkat pekerja buruh yang tidak memerlukan apa-apa kelayakan mahupun kemahiran. Justeru, fokus kami lebih tertumpu kepada penjanaan tenga kerja berkemahiran dari golongan pelajar-pelajar sekolah yang tercicir dengan keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan semasa di peringkat sekolah, sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan modal insan dari segi kualiti dan kuantiti, untuk menampung keperluan di pasaran kerja.

Misi Kami

Untuk menjadi sebuah pusat latihan vokasional dan teknikal yang berinspirasi dan berorientasikan keperluan industri dengan piawaian dan kualiti yang tinggi dan membentuk tenaga kerja yang berketerampilan dengan daya kepimpinan yang diperlukan di pasaran kerja..

feedback
livechat